Pengalaman Tingkatan 4
Date: 16 April 2017
Day: Sunday
Time: 11:06 AM
Tahun 2017 merupakan satu tahun yang aku amat takutkan dan nantikan. Kenapa? Sebab tahun ni lah tahun yang aku dapat pilih aliran yang aku nak + pilih untuk belajar subjek yang aku minat. Walaupun semua orang pening kepala nak pilih aliran apa, blabla etc, aku nekad untuk masuk ke kelas yang menawarkan subjek Lukisan Kejuruteraan dan Seni Visual. Kenapa? Sebab aku minat lah. 😛😛 Aku pun dah lama bercita-cita nak jadi Arkitek bila besar nanti.
Tahun 2016: Aku ambik result PT3 dekat sekolah. Aku memang terkejut gila bila tengok result aku. 8A 1B dan 1C. Cuba teka C tu apa. Hehehe. Yes, C tu Sains lah. PT3 Sains haritu memang susah gila dan sekolah aku takda sorang pun dapat A. Budak paling genius sekolah pun dapat B. B aku pulak semestinya Kemahiran Hidup, subjek yang paling aku benci dari dulu so takdelah kisah sangat dapat B pun. Aku berpuas hati sangat dengan result aku sebab aku dulu memang boleh dikira budak yang gedik dan tak pandai dulu, belajar pun malas. (Nanti aku cerita dekat entry lain pasal journey aku dari budak bodoh jadi budak cemerlang PT3 😀😀)
Balik rumah: Aku tiba-tiba bertukar fikiran.
"Boleh ke aku bawak LK nanti?"
"Kalau ambik LK nanti masuk 4SC3, tak glamour la"
"Ambik Biologi pun best jugak, boleh masuk 4SC1"
"4SC3 nanti tak ramai kawan + dapat classmates gedik macam mana?"
Benda-benda macam ni lah yang aku fikir. Kakak aku sibuk suruh aku ambik Biologi, alasannya; dapat 4SC1, Biologi seronok, senang score, blehbleh. Parents aku tak kisah, janji aku boleh belajar. Tapi mak aku sokong aku ambik Bio sebab nanti jic aku tiba-tiba tukar cita-cita, kira macam lifesaver lah. Dia kata, kalau ambik Bio, aku boleh mohon semua course dekat Universiti, tapi kalau ambik LK, dia terhad dekat bidang-bidang tu je. So fikir punya fikir, aku ambik keputusan untuk ambik Biologi, F5 nanti ambik subjek tambahan Seni. OK lah tuuu.
Hari pertama sekolah (3 Januari 2017): Perhimpunan macam biasa bleh bleh. Lepastu F4 diarahkan pergi ke dewan sekolah untuk cikgu sortkan dalam kelas baru masing-masing. Aku dapat kelas 4SC1. Dalam dewan semua bising time tu. Lepastu, cikgu kat depan suruh pelajar 4SC1 berdiri, pastu satu dewan tepuk tangan untuk kitorang, tak tahu kenapa tapi rasa macam artis lah hahaha. Kawan-kawan aku pun ramai masuk situ. Happy betul time tu. Tapi kesian kawan aku sorang ni dia nangis sebab tak dapat sama dengan kitorang. Dia dapat 4SC2. Alah, sebelah-sebelah je kelas nanti hehe. Sorang kawan aku pulak dapat kelas 4SC3. Pergi kelas, (dekat makmal Biologi) semua berebut tempat. Alhamdulillah aku dapat meja depaaaan sekali dengan kawan-kawan aku. Lepastu, aku dilantik jadi penolong kelas lagi. Hmm happy+bosan sebab tiap tahun aku jadi penolong. (Sejak dari F2) Kira macam everything was going well lah.
Subjek-subjek untuk aliran Sains Tulen:
-BM
-BI
-PI/MORAL
-PJ, PSK
-BIO
-FIZIK
-KIMIA
-SEJARAH
-MATEMATIK
-MATEMATIK TAMBAHAN
Aku pun jakun + exicted nak belajar subjek-subjek baru ni, terutamanya Addmaths. Sebab aku memang minat algebra-algebra semua ni hehe.
![]() |
MY FAVOURITE! |
Tapi jealous la tengok kawan aku bawak beg LK dia kehulu-hilir. Dia banyak kali pujuk aku masuk kelas dia sebab dia kata aku pandai so boleh senang tangkap LK. -___- Kalau korang ada rasa nak tukar kelas, tukar je, takyah malu. Memang ramai yang tukar kelas. Tapi kena hantar surat dan bagi alasan yang kukuh la kenapa korang nak tukar. Kawan-kawan yang mohon asrama semua dapat surat diterima masuk. Aku tak mohon sebab parents tak bagi. Time tu sedih gila, budak yang aku suka pindah, kawan yang baru nak kawan pindah, bestfriend hampir pindah. Aku ingat lagi aku nangis dulu.
Mula-mula belajar: Semua ok kecuali,.. FIZIK! Aku memang tak boleh langsung dengan Fizik ni. Susah gila nak mati 💀 Aku ingatkan oklah Fizik sebab kira-kira dan aku pun suka kira-kira ni. Tapi aku memang tak boleh nak faham langsung. Banyak belajar dengan kakak + sendiri je. Tiap kali kelas Fizik rasa macam nak nangis je sebab tak faham. Bio pulak, ok cuma bosan. Tapi walaupun tak minat, study Bio best! (Walaupun pernah nangis study bab 1 sebab banyak sangat hahahaha)
Tapi, serious aku tak boleh adapt dengan time management tahun ni. Kelas Sains semua kena balik lambat. Isnin dengan Selasa balik 2:10 PM. Tapi, tak bermakna aku terus balik. Aku kena tunggu van dan bertolak balik 2:45PM sebab tunggu sorang budak F5 kelas LK ni balik. Haishhh. Rumah dahla jauh dengan sekolah. Sampai rumah dalam 3:15PM. Memang penat. Takde masa dah nak study waktu petang. Sempat buat HW je. Aku dahla jenis yang takleh study malam dan tidur awal kalau boleh. Tahun lepas, tiap kali balik aku dapat study. Aku risau gila sebab takut result nanti teruk.
Time Ujian pertama: Alhamdulillah, result aku semua ok. Aku dapat no 2 dalam tingkatan. Semua A kecuali PJK hahaha. Fizik yang aku benci, dapat 85, highest. Terkejut betul. Bio pun aku dapat 85. Ok lah tu. Aku dapat A+ dalam Addmaths, Matematik dan Bahasa Inggeris. Parents pun dah set expectation high untuk aku sebab result bagus + result SPM kakak aku gempak (8A+ 1A) Tekanan memang tinggi lah. Exam Pertengahan tahun aku minggu depan. Takutnyaaaaaa aku rasa tak ready.Doakan aku dapat jawab exam + dapat result bagus ok!
OK lah, aku rasa tu je aku nak tulis. Penat. Lepas ni nak buat HW Kimia dan study untuk exam. Untuk sesiapa yang baca, comment la sikit hehe. Bye!
OK lah, aku rasa tu je aku nak tulis. Penat. Lepas ni nak buat HW Kimia dan study untuk exam. Untuk sesiapa yang baca, comment la sikit hehe. Bye!
thanks sbb share ! tahun ni 2022 saya f4 dan taktahu nak ambik aliran apa..sains tulen or akaun.Ingat nak masuk sains tulen sbb minat cuma takut susah je :( nti sedih,serabut..
ReplyDeletehiii im batch 09 honestly being 16 and f4 is such a big change for me. growing up i like science alot but pure science seems hard and i have a few mental health conditions I don't wanna go beyond my capicity and my school is very limited for aliran so I ended choosing economy and business because science stream is hard and idk how to draw hahaha. But I ended up being depressed and refused to go school for 1 month until its ppt and reality suddenly hits me.
Delete